By: Kamarul Ilmar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 27-Nov-2007 10:49 Email | Share | | Bookmark



Monday, 11-Jun-2007 23:42 Email | Share | | Bookmark

After

Before


After

Before


After

Before


Sunday, 10-Jun-2007 12:16 Email | Share | | Bookmark



LAYER MASK TUTORIAL

Di bawah adalah sedikit serba ringkas mengenai cara-cara penggunaan Layer Mask dan aplikasinya.

Langkah 1
Seperti biasa buka imej yang ingin anda edit.


Langkah 2
Duplicate background. Kemudian pergi kepada Image>Adjustment>Desaturate. Saya namakan layer ini dengan 'Layer Warna'.


Sekarang anda telah mempunyai Layer Hitam Putih diatas Layer yang berwarna (Background Layer). Bagaimanakah caranya untuk menampilkan sebahagian sahaja imej yg berwarna dari Layer Background? Ya, ada yg kata kita boleh pakai Lasso Tool, Pen Tool untuk buat selection dan padamkan sahaja, ada yg kata kita guna extract tool atau alpha channel dan lain2 untuk mendapatkan imej berwarna yg dikehendaki sahaja. Tetapi cara ini akan menghilangkan pixel secara terus dari layer itu. Dan kita terpaksa melakukankannya berulang kali sekiranya tidak teliti.

Disinilah Layer Mask ini memainkan peranan yang cukup berkesan. Kita tidak perlu memadamkan imej yg tidak kita kehendaki dengan menggunakan alat2 pemadam. Kita hanya perlu main dengan brush tool sahaja. Dan juga kelebihan yg lain pixel pada layer yg kita edit itu tidak akan sedikit pun terjejas.

Bayangkan anda ingin membuat topeng dari sekeping kertas putih. Anda ingin menonjolkan mata anda sahaja, manakala lain2 bahagian muka ingin disembunyikan. Jadi anda perlu menggunting bahagian mata sahaja pada kertas putih tadi.

Sila ingat ayat di bawah:

Warna Putih : Mengeluarkan/Menampilkan imej.
Warna Hitam : Menyembunyikan imej.
Hanya warna hitam putih sahaja digunakan dalam seisi mengedit di dalam Layer Mask.

Langkah 3
Sekarang mari kita mulakan penggunaan Layer Mask. Tekan butang 'add vector mask' pada pop up menu di bawah pallete layer (no.1). Dan anda akan dapat hasilnya seperti di bawah. Kemudian pastikan 'Foreground and Background Color' (no.2) anda berada dalam keadaan default. Tekan butang kecik hitam putih kat situ, ataupun tekan 'D'. Saya akan terangkan kemudian makna hitam putih itu.


Langkah 4
Untuk memudahkan kerja sila main zoom in dan zoom out pada navigator (no.1). Kemudian pilih Brush Tool. Buat permulaan kita gunakan setting seperti yang saya gunakan di bawah (no.2). Pastikan anda telah menekan/memilih Layer Mask Thumbnail.


Terlebih dahulu pastikan Foreground Color anda (no.3) berada dalam keadaan hitam. Tekan butang 'X' untuk menukar2 warna. Seperti yang saya katakan tadi, 'Warna Hitam : Menyembunyikan imej'. Jadi cuba anda sapu brush anda pada mana2 bahagian. Lihat anda akan dapati imej berwarna dari Layer Background telah timbul. Ini bukan bermakna anda telah memadamkan imej pada 'Layer Warna' tadi, tetapi anda telah menyembunyikan imej itu sahaja. Ianya bersifat seperti gunting pada kertas putih anda tadi.

Untuk membuat kerja2 yg lebih halus sila tekan butang kanan tikus anda dan anda boleh mempelbagaikan saiz brush anda (no.4). Anda tidak perlu khuatir jika anda terlebih sapu dibahagian yg tidak dikehendaki (no.5), kerana anda boleh mengembalikannya semula dgn senang menggunakan warna putih.

Langkah 5
Kemudian tekan butang 'X' (no.3)untuk menukar Foreground Color kepada warna putih. Kemudian sapukan brush pada bahagian yang kita terlebih sapu dengan menggunakan warna hitam tadi. Ya, ianya seolah-olah kita memadam bahagian yg terlebih, tetapi sebenarnya kita menjelmakan semula layer hitam putih (Layer Warna) tadi. Ianya ibarat anda menepek semula bahagian terpotong pada topeng anda tadi. Lihat seperti gambarajah di bawah:


Siap!!

Ini adalah asas sahaja kepada penggunaan Layer Mask. Perlu diingatkan bahawa kita tidak boleh menggunakan warna pada Layer Mask, kerana konsep Layer Mask adalah untuk menimbulkan dan menyembunyikan imej menggunakan warna hitam putih.

Jika anda telah mahir dengan aplikasi ini, anda boleh menukar tone hitam putih kepada warna yg agak kekelabuan (cuba anda tekan Foreground dan background button, ya pallete warna akan keluar dgn warna warni. Cuba anda tekan warna merah, pallete foreground akan bertukar kepada warna kekelabuan bukan warna merah). Penggunaan warna lain selain default akan menyebabkan penjelmaan/penyembunyian imej akan menjadi agak transparency. Begitu juga pemilihan opacity pada brush tool, cuba ubah2 slider pada opacity (Langkah 4 no.2) brush tool dan anda boleh melembutkan lagi penjelmaan/penyembunyian imej anda.

Kemahiran anda adalah bergantung sejauh mana anda berlatih
menggunakannya dan memahaminya. Selamat mencuba!

Contoh Aplikasi Layer Mask.


Sunday, 10-Jun-2007 12:15 Email | Share | | Bookmark

Igauan




[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net